Kelas ICT: Asas Komputer dan Internet

23 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT: Asas Komputer dan Internet selama 1 jam di PI PA DBKL Desa Rejang bersama pelajar Darjah 2. Peserta berminat untuk menggunakan komputer dan melayari internet. Peserta diajar asas-asas komputer bagi memudahkan beliau untuk meneruskan kelas ICT pada masa akan datang.

Peserta diajar menggunakan tetikus, papan kekunci serta cara untuk melayari internet. Peserta sangat berminat untuk belajar dan bapa kepada peserta juga amat menggalakkan beliau untuk belajar dan menjadi mahir. Peserta akan menyertai kelas pada masa akan datang sehingga mahir menggunakan komputer tanpa bantuan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali